Wednesday, 6 November 2013

Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal

 

 

 

 

 

 

 

  PENGENALAN


Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal ialah satu profesion yang penting di dalam memacu ekonomi negara. Profesion ini bertanggungjawab untuk melakar dan melukis pelan yang berkaitan dengan kejuruteraan mekanikal.

Pelan yang berkaitan makanikal pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembuatan dan juga bahagian perpaipan (minyak dan gas, saluran air paip.)


Pembuatan

Pembuatan ialah satu bidang yang berkaitan dengan kilang-kilang pembuatan. Contohnya kilang Proton dan Perodua.

Pelukis pelan ini bertanggungjawab melakar dan melukis produk-produk yang bakal dihasilkan oleh firma-firma mereka. Contohnya Kilang Proton, pelukis pelan bertanggungjawab mereka dan melakar sebuah model baru kereta hasil keluaran mereka..

Perpaipan

Perpaipan terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu bahagian paip air, sanitari dan juga paip gas.

a) Paip Air

Pelukis pelan bertanggungjawab melukis pelan saluran air untuk sebuah bangunan. Mereka akan membuat satu lakaran pelan untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan paip dijalankan.


b) Sanitari

Sanitari ialah peralatan yang berkaitan dengan tandas dan juga saluran. Pelukis pelan bertanggungjawab melakar saluran paip air buangan.

c) Saluran Gas

Pelukis pelan kejuruteraan mekanikal bertanggungjawab melakar saluran paip gas yang bakal dibina mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan melakar saluran paip gas di pelantar minyak.

Tuesday, 29 October 2013

Lukisan Kejuruteraan Mekanikal



ASAS LUKISAN


Sistem Penilaian Lukisan teknik
Semasa membuat lukisan teknik terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan. Diantaranya ialah:-
a) Ketepatan
Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.
b) Teknik melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol  tertentu yang boleh digunakan bagi membantu pembikinan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak kabur.
c) kebersihan lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati  semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan  menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar.
d) Masa menyiapkan lukisan
Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.