Isometrik

ISOMETRI     
   
         Unjuran / lukisan isometri

    Unjuran isometri adalah salah satu daripada tiga bentuk unjuran axonometri. Isometri adalah satucara bagi menghasilkan pandangan objek dengan lebih jelas. Dalam unjuran isometri sudut antara unjuran paksi adalah sama iaitu 120 ‘. Hal ini kerana Isometri bereti simetri iaitu semua sudut  di mana skala ukuran panjang, lebar dan tinggi adalah sama.






Lukisan isometeri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi iaitu ukuran lebar, tinggi dan dalam.
Objek pada Rajah  1.1 adalah contoh lukisan isometri. Objek yang dilukis secara isometeri akan memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila dilihat pada satu pandangan.


Rajah 1.1   Pandangan objek dalam bentuk isometri. 


Rajah Perspektif
             
   - Rajah berbentuk perspektif sering digunakan sebagai ilustrasi bagi menarik  perhatian dalam memaparkan sesuatu produk atau komponen yang dihasilkan.

Lukisan perseptif sering diaplikasikan dalam mengiklankan produk berbentuk perumahan, bangunan, kenderaan dan sebagainya.

Dalam rajah persektif, gambaran objek dilihat sepertimana mata kita melihat. Objek yang hampir dengan mata kelihatan lebih besar dan semakin jauh dari mata ia kelihatan semakin mengecil.

 Lukisan perspektif boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

  • Ia berdasarkan jumlah titik lenyap yang digunakan dalam menghasilkan lukisan tersebut.
  • Ketiga-tiga lukisan perspektif tersebut adalah perspektif satu titik, perspektif dua titik dan perspektif tiga titik.
  • Dalam modul ini, kita hanya menyentuh kepada perspektif satu titik sahaja.

-  terdapat beberapa elemen asas lukisan perspektif yang perlu untuk difahami (Rajah 1.2). Elemen-elemen tersebut adalah :

  • Objek:  sesuatu benda yang dilihat oleh pelukis.
  • Titik stesen: kedudukan mata pelukis apabila melihat sesuatu       objek.
  • Garis penglihatan: garisan unjuran dari titik stesen ke titik tertentu pada objek. Garis ini mewakili garis penglihatan dari mata pelukis ke objek.
  • Satah gambar: satah khayalan lutsinar yang terletak di antara    objek dan titik stesen.
  • Garis ufuk: garis khayalan mendatar yang selari dengan satah gambar. Garis ini terletak pada aras mata pelukis.
  • Titik lenyap: titik yang mewakili objek pada jarak yang jauh.
  • Garis bumi: garisan yang mewakili pandangan satah bumi.




 Contoh lukisan perspektif :


            Rajah 1.2 Lukisan objek dalam pandangan ortografik dan isometri



Rajah 1.3  Pandangan objek dalam bentuk perspektif

No comments:

Post a Comment