Autocad

Pengenalan kepada perisian Autocad







Autocad
Autocad adalah satu perisian atau aplikasi bantuan komputer yang digunakan untuk membuat lakaran dalam lukisan teknikal dan kejuruteraan bagi sesebuah bahagian atau barang keluaran, termasuk keseluruhan bangunan dan alam sekitarnya.


Kalau dulunya kita memerlukan peralatan serta meja melukis untuk menghasilkan suatu lukisan kejuruteraan, tetapi dengan adanya perisian seperti Autocad ini, kita sudah boleh melupakan semua itu dan hanya memerlukan satu set kelengkapan termasuk sebuah komputer dan mesin pencetak lukisan. Dengan adanya semua ini menjadikan kerja kita bertambah tepat serta pantas jika dibandingkan dengan sebelumnya.


Reka bentuk awal sesuatu rancangan pembinaan akan menggunakan aplikasi autocad yang berbantukan komputer untuk menghasilkan lukisan lengkap sesuatu yang hendak dibina itu.


Begitu juga dalam pembinaan infrastruktur sebagai contoh, pembinaan jalanraya, jambatan, bangunan dan sebagainya, yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, para jurutera dan pereka bentuk akan menggunakan perisian Autocad bagi membantu serta memudahkan kerja-kerja rekabentuk dalam bidang masing-masing.




Kebiasaannya individu yang sering menggunakan perisian Autocad adalah terdiri dari para jurutera, pereka bentuk, pelukis pelan, pelajar-pelajar kolej dan lain-lain.



Perisian Autocad sering dinaiktaraf setiap masa oleh pembangunnya iaitu Autodesk. Antara usaha-usaha yang paling utama dilakukan Autodesk ialah membuat jaringan serta gabungan dengan syarikat-syarikat perisian rekabentuk yang lain bagi mengembangkan sayap perniagaan mereka.




Gambar diatas adalah contoh pakej perisian Autocad keluaran dari Autodesk.



Perisian Autocad dan pelbagai kegunaan


Perisian Autocad ada bermacam-macam jenis dan pelbagai kegunaan. Sebagai contoh kalau anda bekerja dilapangan industri misalnya, perisian Autocad yang sesuai adalah dari jenis Autocad Mekanikal, Autocad 3d Model dan kalau anda dilapangan kejuruteraan Awam, Autocad Civil Design, Civil 3D atau Land Desktop adalah yang terbaik.

Berbagai-bagai jenis perisian Autocad ada dipasaran. Anda harus memilih kesesuaiaan dengan tugasan anda. Antara yang popular adalah seperti:
AutoCAD Architecture
AutoCAD Map 3D
AutoCAD Civil 3D
AutoCAD Mechanical
AutoCAD Electrical
AutoCAD LT
AutoCAD Land Desktop
AutoCAD MEP
AutoCAD Raster Design
AutoCAD Structural Detailing
AutoCAD Maya
Autocad Plant 3D
Dan banyak lagi yang anda boleh dapati termasuklah Autocad 'associated' atau companion dengan perisian-perisian merekabentuk yang lain.


No comments:

Post a Comment